Akaun baitulislahannasr.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.
 Sedekah :
Cara Mensyukuri Nikmat Yang Paling Mudah Dilakukan 

"Jom, Biaya Dana Bangunan 3 Tingkat Untuk Keselesaan Para Pelajar Akademi Tahfiz Al-Quran An-Naser"




Sudah bersyukur kah kita pada hari ini?

 Alhamdulillah, ada di antara kita yang mampu untuk belajar dalam keadaan yang selesa walaupun ketika musim pandemik.

Namun begitu, masih ada lagi di antara kita juga yang tidak berpeluang untuk merasai nikmat ini. Antara faktor yang sering menjadi cabaran untuk anak-anak pelajar adalah;

✅ Kekangan kewangan
✅ Tempat belajar secara formal yang terhad
✅ Tiada kemudahan yang khusus untuk membantu mereka

Disinilah, tercetusnya konsep syukur dan percaya dengan Allah SWT sebagai Maha Pemberi. Antara nikmat syukur yang jarang dirasai adalah apabila seseorang itu menghargai setiap pemberianNya termasuk nikmat usia, sihat tubuh badan, rezeki harta benda, keluarga yang sempurna dan merasa kebahagiaan hidup.



Jadi, bagaimana cara hendak bersyukur?

Sesungguhnya Allah SWT telah berfirman bahawa salah satu cara bersyukur adalah dengan melakukan amalan kebaikan. Hal ini telah dijelaskan melalui Surah Saba', ayat 13 yang bermaksud :

اعْمَلُوا آلَ دَاوُودَ شُكْرًا
 "Beramallah kamu wahai keluarga Daud untuk bersyukur!"

Maka pada hari ini, dengan izin Allah SWT, kami ingin mengajak anda semua untuk berkongsi rezeki dan memahami erti syukur yang sebenar dengan membantu membiaya dana bagi pembangunan dan pengurusan Akademi Tahfiz Al-Quran An-Naser.

 SEJARAH PENUBUHAN 

Akademi Tahfiz Al-Quran An-Naser atau Baitul Islah An Naser, merupakan salah satu pusat pengajian Islam secara formal yang baru sahaja ditubuhkan pada bulan 3, tahun 2020. Pusat tahfiz ini merupakan salah satu cawangan bagi Akademi Tahfiz Islah yang terletak di Putrajaya, Kuala Lumpur. Lokasi cawangan pusat tahfiz ini telah ditempatkan di Kampung Pauh Belukar, Panji, Kota Bharu, Kelantan

Ia merupakan salah satu usaha dan gabungan idea dari pengasasnya, Ustaz Saiful Islam Al-Hafiz yang ingin menyemarakkan program-program baitul islah wa asnaf wa aytham  di tempat tersebut yang masih belum mempunyai kelas agama yang formal. Selain itu, penubuhan pusat tahfiz ini akan menjadi saham akhirat yang berterusan buat arwah ayahanda beliau, selagi mana ianya dimanfaatkan.

Terdapat seramai 15 orang anak-anak pelajar tahfiz yang kini menuntut ilmu di Akademi Tahfiz Al-Quran An-Naser. Bilangan ini tidak termasuk dengan beberapa orang guru dan staf sokongan yang setia membantu menguruskan kebajikan dan memberikan pendidikan Islam yang formal secara percuma kepada anak-anak yang berada di kawasan kampung ini.
 


Dua buah rumah pusaka milik arwah ayahanda Ustaz Saiful Islam ini telah diwakaf gunakan sebagai tempat pengajian Islam dan secara tidak langsung telah memberi peluang kepada anak-anak pelajar kampung ini untuk mendalami ilmu agama dan ilmu-ilmu lain secara formal yang bermanfaat untuk kegunaan masa hadapan.

Selain itu, anak-anak pelajar di pusat tahfiz ini juga telah memenuhi masa mereka dengan aktiviti-aktiviti yang sihat dan berfaedah sepeti belajar seni mempertahan diri, berkebun dan berternak. Alhamdulillah, segala isi aktiviti yang dijalankan di Pusat Tahfiz Al-Quran An-Naser ini merangkumi ilmu yang bermanfaat di dunia dan di akhirat kelak.






 DANA YANG DIPERLUKAN KINI 





Untuk memberi keselesaan dari segi pengurusan dan kebajikan di Akademi Tahfiz Al-Quran An-Naser ini, pihak kami memerlukan RM100,000 untuk membeli sebidang tanah di kawasan tepi rumah pusaka yang ada kini. Hal ini adalah untuk menjadikan tanah tersebut sebagai tapak bangunan 3 tingkat, di mana 2 buah rumah yang tersedia ada akan diubahsuai menjadi bangunan kediaman dan tempat pembelajaran.

Oleh yang demikian, kos anggaran untuk menyiapkan bangunan 3 tingkat adalah sebanyak RM250,0000. Kos operasi ini tidak termasuk dengan kos-kos penyelenggaraan seperti di bawah:

+Kos Pertukangan
+Kos Pengurusan dan Utiliti
+Kos Bil Utiliti (Bil air, elektrik, dll)
+Kos Pembelian Perabot
+Kos Pengurusan dan Kebajikan para pelajar dan guru-guru

Untuk pengetahuan anda, bangunan 3 tingkat ini akan memuatkan;

✔️ Bilik Pengurusan Sekolah
✔️ Asrama Para Pelajar
✔️ Tempat Kediaman Guru & Staf Sokongan Sekolah.

Oleh itu, ayuh kita ambil peluang keemasan ini untuk merasai nikmat bersyukur dengan menjalankan tanggungjawab sebagai saudara Islam, dengan membantu pihak pengurusan sekolah menyediakan keperluan yang selesa dan selamat untuk anak-anak pelajar tahfiz ini.

Moga-moga segala kebaikan dan sumbangan yang diberi, akan Allah SWT gandakan rahmat dan hadiahkan ladang pahala yang luas untuk anda semua.

Rasulullah SAW telah bersabda:
 “Manusia yang paling dicintai oleh Allah adalah yang paling bermanfaat untuk manusia. Dan amalan yang paling dicintai oleh Allah adalah kegembiraan yang engkau masukkan ke dalam hati seorang mukmin atau engkau hilangkan salah satu kesusahannya, atau engkau membayarkan hutangnya, atau engkau hilangkan kelaparannya.”
 (Hadis Riwayat at-Tabrani) 

BAGAIMANA ANDA BOLEH MEMBANTU?

Untuk memudahkan urusan anda menyumbang dana, pihak kami telah menyediakan beberapa pakej seperti di bawah. 

Pakej Berlian : RM300 
Pakej Zamrud : RM200 
Pakej Delima : RM120
Pakej Intan : RM30 

                                            Untuk Sumbangan Secara Manual / Bank Transfer / CDM, Boleh Bank In Ke Akaun Di Bawah

                                            BANK : MAYBANK
                                            NAMA : AKADEMI BAITUL ISLAH LILBANAT
                                            NO AKAUN : 562263581816 

                                            Sila letakkan reference “DERMA” untuk memudahkan pihak kami mengagihkan dana yang telah disumbangkan

                                                          Tiada kata yang mampu diucapkan selain doa yang berterusan buat para dermawan yang tidak putus-putus membantu pihak kami mengumpul dana buat Pusat Tahfiz Al-Quran An-Naser ini. Moga syurga menjadi destinasi terakhir untuk anda semua. Amin YRA.


                                                          Penafian:

                                                            1. Bagi sumbangan mengunakan payment gateway Toyyibpay, selepas menyumbang di statement bank akan terpapar pembayaran kepada ANSI SYSTEMS SDN BHD. Ini merupakan rakan kerjasama pembayaran kami.
                                                            2. Sumbangan termasuk RM1 caj payment gateway Toyyibpay
                                                            3. Jika ada sebarang pertanyaan atau masalah untuk isi borang ini sila hubungi  : +6014 392 1515